Sesekali bila diri berada dalam kesunyian, bait-bait
lagu lama melalui ruang rongga telinga, otak
seringkali ligat berfikir dan mengimbau
kenangan-
kenangan lama. Dan seringkali juga bilamana diri
sering tertekan dan karenah dan perjalanan hidup
seharian, hati dan fikiran seringkali merasakan, ah
penatnya menjalani hidup didunia ini ya Allah. Bila
Kau nak mengambil nyawaku ya Allah. Aku penat
ya Allah, aku bosan menjalani kehidupan sebagai
aku didunia fana-Mu ini ya Allah.
Segerakanlah ya
Allah, dan percepatkanlah masa berlalu ya Allah.
Aku penat, penat dengan sandirawara dunia yang
tidak berkesudahan ini.
Alangkah baiknya jika Kau segerakan matiku,
daripada aku terus hanyut dan lalai dalam
kebosanan hidup duniawi yang entah bila kan
berkesudahan ini.
Tapi persoalan lain pula timbul, bermain-main
diminda, dan seringkali mengegarkan iman dalam
dada. Sudah cukupkah bekalan untuk mengadap
sang Pencipta?
Adakah dengan mati akan
menghapuskan segala masalah dan bebanan
yang aku pikul selama ini? Tenangkah aku disana
nanti? Atau makin merana dan meratapi
kebodohan dan kejahatan sendiri yang aku
perbuat didunia sekarang ini? Ah, makin pening
aku dibuatnya.
Makin seksa jiwa dan fikiranku.
Kalau diikutkan, jika sekarang ini diberikan
peluang, mahu saja aku memilih untuk bertemu
yang Maha Esa secepat mungkin. Adakah kerana
aku tidak tahan dengan ujian dan dugaan hidup
didunia ini? Mungkin. Kerana sesekali aku cukup
bosan dan jengkel dengan kehidupan ini. Rutin
harian dan bebanan hidup cukup untuk
membuatkan aku merasakan tidak tahan dan
ingin rasanya aku tamatkan semua ini secepat
mungkin. Mati, hanya itu penyelesaian untuk
segala masalah didunia ini.
Tapi bukan tiket untuk
ketenangan hidup disana nanti.
Adakah tiket kita bakal dicop ahli syurga? Ataupun
dicop ahli neraka? Semuanya bergantung pada
tahap hasil usaha kita selama hidup didunia ini.
Dunia yang penuh dengan penipuan dan
kebosanan!
Bilamana terdengar berita kematian, lebih-lebih
lagi orang yang kita kenal, baik kerana pertalian
darah mahupun kerana ia insan yang kita cukup
kagumi, terasa diri ini ingin saja turut sama
mengikuti jejak langkah mereka.
Terasa diri ini
cukup dekat dengan kematian yang tidak
mengenal usia dan keadaan. Sihat bukanlah
jaminan kepada jauhnya jarak kematian kita. Dan
sakit juga bukanlah tiket untuk cepatnya kita
berpisah jasad dengan roh.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar